Mar 19, 2011

Tiada Titik Noktah

Malam tadi ada majlis makan-makan, bantai kambing golek, TIPTOP....tahan kenyang 8jam, selalunya makan nasi, 5jam lepas tu mesti dah lapar balik...ish3 (alahai, bab makan lagi)huhuhu

Lepas makan-makan, lepak kat dreams world, memekak dulu, padahal bukan reti nyanyi pun, bantai je la...huhu dalam perjalanan balik ke rumah, banyak benda yang aku pikir...salah satu nya bab duit. Ramai orang kata yang DUIT itu segala-galanya, Tak ada duit, mati....betol ke???

Aku bukan la orang senang, nak cari duit pun mengkol-mengkol tau. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa DUIT itu satu KEPERLUAN atau KEHENDAK???

~Pokok Duit-Duit~

Kedua-duanya bergantung pada hati kita, kalau hati bersih, maka akal pun bersih...Sekiranya kita mencari duit mengikut KEHENDAK nafsu kita, kita akan tewas dengan bahana banyak duit, tu yang mata jadi gelap, nampak duit je, sampaikan apa yang kita nak semua dapat even benda tu dari sumber yang baik atau pun tidak. Impact sebenar akan dirasai pada masa akan datang sama ada di dunia atau Hari Pembalasan...

Dan sekiranya kita mencari duit demi mencapai KEPERLUAN, insyaAllah kita akan selamat. Rasullullah mendidik kita supaya hidup bersederhana, dalam usaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan, kita akan lebih mudah mengawal kehendak nafsu. Bila dah dilimpahkan kurnia rezeki yang banyak, kita mesti berbalik pada keperluan, Kita perlu bayar zakat, bersedekah dan macam-macam lagi pelaburan ke arah kebaikan umat sejagat. Itulah kehidupan yang bersederhana....

Jihad Yang Paling Tinggi Darjatnya Adalah Jihad Melawan Hawa Nafsu. Perjuangan ini tiada titik pengakhiran sehingga kita hilang nyawa dari jasad~~~

*Semoga perjuangan kita ini sentiasa digilap dengan Keredhaan Allah S.W.T dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari-Nya......Amin

No comments:

Post a Comment