Apr 22, 2011

Keyword Of Successful

"kanan or kiri"

Petang Jumaat ni aku nak share something ngan korang sume...yang mana kegagalan itu memberikan impak yang besar dalam penambahbaikan life kita.

Korang sume penah baca buku "Berani Gagal" tak???yang mana pernah tu bagus la...inti pati buku tu sangat bagus. Dalam buku tu ada cerita pasal penulis, terlalu banyak kegagalan yang beliau dah rasa. Dan sebab kegagalan itu lah yang buat beliau berjaya sekarang.

Aku share ni bukan la nak kata suruh kita gagal, tapi kita kena berani amek risiko tuk gagal. Dalam konsep perniagaan, selagi kita tidak merasai kejatuhan selagi itu lah kita masih belum kompem kejayaan tu milik kita...kalau graf kita sentiasa menaik, berhati2 lah, kerana kemungkinan kita akan mengalami kegagalan yang sangat teruk..Kejayaan itu adalah berpunca dari apa yang kita pelajari semasa mengalami kegagalan. Hidup ni kan ibarat roda, jap duk atas jap duk bawah, sama la konsep kegagalan dan kejayaan ni....

Berdasarkan pengalaman aku sendiri la, banyak benda yang aku pelajari dari kegagalan aku sendiri dalam mengatasi macam2 masalah. Aku jatuh tersungkur, memang seksa la nak naik balik. Tapi itu lah yang bagi aku kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang. Last2 baru aku sedar, aku perlu berubah dari tampok lama ke arah yang lagi baik.

Sekiranya kita merasai kegagalan itu adalah satu BEBAN, ia akan mampu menjatuhkan kita buat selama-lamanya...Anggaplah satu kegagalan itu adalah sebagai UJIAN kerana dengan ujian itu lah kita akan mengetahui di mana kelemahan kita dan kita mampu perbaikinya...

perkataan BEBAN dan UJIAN memberi makna yang sangat berbeza.

BEBAN-. 1.barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: 3. tanggungan drpd kenaikan cukai:(DBP)

UJIAN-1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji;(DBP)

Penggunaan perkataan Beban memberikan banyak kesan negatif di mana kita hanya merasai beban itu sentiasa menyekat kita dalam proses kehidupan seharian. Sebab, perkataan BEBAN ni seolah-olah kita menahan batu besar yang berada di atas kepala kita. Berlainan pula bila kita sentiasa menggunakan perkataan Ujian, kita akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang dari permasalahan itu menguasai diri kita dan bermatlamatkan kejayaan. Sebab, UJIAN adalah satu proses yang kita lalui untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan kita. so yang mana lagi baik???

GAGAL-"Go And Go A Long" not "Get And poiGnant And then Lose"....

kembali menambat panahan dakwat ke alam cyber

Dah nak ujung april ni baru aku ada masa nak taip benda alah ni...busy la katakan...*mata keatas,tangan kebahu*...

Tadi time bosan-bosan, aku lepak la kat rumah mamu, nak tengok citer antu, tapi tak berminat, last-last tengok la tv9..."Semanis Kurma"...layan gak...tajuk yang dibincangkan ialah "kawan makan kawan"....best gak topik tu...kat sini aku just nak share la apa yang aku dengar...bukan nak kata aku ni hebat,tak...just sharing is caring kan??hahaha

kawan is sahabat, dalam makna kata lain, kawan adalah orang yang ada bersama-sama kita dan saling mengenali antara satu sama lain,sama ada dalaman ataupun luaran. Ada pepatah mengatakan, kawan biar beribu, berkasih biar satu...betol la tu...tapi macam mana pulak dengan kawan makan kawan???gunting dalam lipatan???tikam belakang???

punca yang paling utama adalah HATI....hati ini memang berat sangat nak kawal kan, maklumlah, jihad yang paling tinggi kan kawal hawa nafsu...kalau hati bersih, bersih la perbuatannya,kalau hati kotor, kotor lah perbuatannya...Sucikan Hati....

kawan makan kawan ni boleh terjadi dalam pelbagai keadaan, contohnya bila melibatkan soal wang ringgit...kita ni mudah sangat gelap mata dengan wang ringgit, sape2 pun...berbalik pada lumrah sifat manusia yang sentiasa tidak puas dengan apa yang ada...melainkan manusia itu sedar dengan nikmat Tuhan dan menSYUKURi apa yang di anugerahkan...berhati-hati lah ketika berkawan...

"Berkawanlah dengan orang yang baik ibarat kita berkawan dengan penjual minyak wangi kerana kita mampu untuk bau wangi nya, dan janganlah kita berkawan dengan orang yang jahat ibarat kita berkawan dengan tukang besi dimana kita merasai bau busuknya dan kejahatannya"


Mar 31, 2011

Klasik Kepada Moden

Cepat betul masa berlalu ek, sedar xsedar, tau2 dah ujung bulan Mac, makin hari makin tua. Bila la nak jadi Budak Baik ni...Ish3

Teringat citer Back To The Future, kan bez kalau ada kete camtu kan, boleh balik pada masa lampau, boleh tengok hutan semulajadi, pure punya, sambil naik kete toyota, Rasa klasik giler...huhuhu

~kete pertama mak bapak aku~

Yang syok nya time balik kampung, kalau dari Tenggaroh tu, nak balik ke Batu Pahat, lalu la jalan Jemaluang, siap lalu jambatan kayu lagi...best2....tapi sekarang semua dah maju, kat tengah hutan pun ada line telefon,pergh....

Syoknya kereta lama ni, ada nilai tersendiri, aircond memang asli dari luar, boleh keluar kepala ikot tingkap, boleh kembung perut masuk angin..haha sekarang ni nak cari kereta macam ni kan, susah sangat, kalau ada pun orang xnak jual, klasik beb...huhu dan ada yang dah siap bikin, masuk turbo la, tarik belakang la, enjin lintang la...power2....huhu

cerita Bab kemajuan dalam Negara Malaysia ni, banyak sangat perubahan, Tapi ada gak manusia yang masih tak bersyukur dan asik membangkang je, kenapa tak kita majukan lagi Negara kita, sama2 berganding bahu....

~Demi Agama, Bangsa Dan Negara~


Mar 20, 2011

Perjalanan


TENGGAROH!!!!!TUNGGU!!!!AKU CABAR KAU!!!!!

2.16 p.m - GERAK dari Parit Raja menuju ke Simpang Renggam...ada kenduri kawen member sekolah teknik...tahniah la buat Ninie dan Zamri yer...semoga bahagia hingga ke anak cucu....

2.39 p.m - Sampai kat umah Ninie..datang tunjuk muka, makan-makan....amek gamba wat kenangan, jumpa gak la member2 lama; Dong,Potter,Haen,Syaprek,Ayien dan Laili...huuhu setle semua tu, salam bapak Ninie then blaaa.....dalam kepala otak ni pikir, jauh lagi perjalanan aku ni...ish3

5.31 p.m - Sungai Ara, Kota Tinggi; Tibanya aku kat rumah Mazni, jumpa la mak bapak dia, bapak dia dulu sekampung dengan bapak aku, panjang siket la citer dia...pompam pompam....pas maghrib tu makan jap....then keluar lagi...menuju ke kampung aku plak....hoho

8.17 p.m - Felda Tenggaroh 5, Mersing; Setelah sekian lama aku tak balik kampung. Sekarang, dan la singgah kejap, tak sampai sejam pun..ish3 Terubat Rindu...hikhik Lama gak mak bapak aku tunggu kat umah, bagi tahu nak balik pukul 12tghri...sampai umah malam lak...huhu bapak aku dah standby ubi rebus kegemaran lak tu...makan kali kedua la...orang jawa kata 'mentong'..haha Si Mazni bantai kurma kambing....sedap2...hehe Dah makan, dah kenyang, dah sembang....So bergerak la aku dengan Mazni ke Parit Raja semula...Laluan yang dipilih - Jemaluang-Kluang-Parit Raja...sungguh menakotkan..hahaha

11.32 p.m - Parit Raja!! kembali sudah...huhu tapi tak balik umah terus, lepak kat mamak dulu, tengok MU main...Bongok punya Bolton..huhu

1.59 a.m - Baru sampai umah..penat2...bantai tebu dulu...haha Then BEREHAT~~~

~dah macam jalan kat Jemaluang~

Time bawak kete tu, aku rasa sekejap sangat, tahu-tahu dah sampai kat situ, then kat sini...ish3 baru aku terfikir, masa sentiasa meninggalkan kita, PERJALANAN yang lepas kita sudah lalui, apa pula PERJALANAN yang akan datang??? Adakah perjalanan KEHIDUPAN kita yang sebelum ini MAMPU menjamin PERJALANAN kita di ALAM LAIN???

*Ya Allah...Selamatkanlah aku di DUNIA dan AKHIRAT...Amin....

Mar 19, 2011

Tiada Titik Noktah

Malam tadi ada majlis makan-makan, bantai kambing golek, TIPTOP....tahan kenyang 8jam, selalunya makan nasi, 5jam lepas tu mesti dah lapar balik...ish3 (alahai, bab makan lagi)huhuhu

Lepas makan-makan, lepak kat dreams world, memekak dulu, padahal bukan reti nyanyi pun, bantai je la...huhu dalam perjalanan balik ke rumah, banyak benda yang aku pikir...salah satu nya bab duit. Ramai orang kata yang DUIT itu segala-galanya, Tak ada duit, mati....betol ke???

Aku bukan la orang senang, nak cari duit pun mengkol-mengkol tau. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa DUIT itu satu KEPERLUAN atau KEHENDAK???

~Pokok Duit-Duit~

Kedua-duanya bergantung pada hati kita, kalau hati bersih, maka akal pun bersih...Sekiranya kita mencari duit mengikut KEHENDAK nafsu kita, kita akan tewas dengan bahana banyak duit, tu yang mata jadi gelap, nampak duit je, sampaikan apa yang kita nak semua dapat even benda tu dari sumber yang baik atau pun tidak. Impact sebenar akan dirasai pada masa akan datang sama ada di dunia atau Hari Pembalasan...

Dan sekiranya kita mencari duit demi mencapai KEPERLUAN, insyaAllah kita akan selamat. Rasullullah mendidik kita supaya hidup bersederhana, dalam usaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan, kita akan lebih mudah mengawal kehendak nafsu. Bila dah dilimpahkan kurnia rezeki yang banyak, kita mesti berbalik pada keperluan, Kita perlu bayar zakat, bersedekah dan macam-macam lagi pelaburan ke arah kebaikan umat sejagat. Itulah kehidupan yang bersederhana....

Jihad Yang Paling Tinggi Darjatnya Adalah Jihad Melawan Hawa Nafsu. Perjuangan ini tiada titik pengakhiran sehingga kita hilang nyawa dari jasad~~~

*Semoga perjuangan kita ini sentiasa digilap dengan Keredhaan Allah S.W.T dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari-Nya......Amin

Mar 18, 2011

PokPet PokPet

Errrggghhhh....Alhamdulillah...Baru lepas makan nasi lauk ayam dan sayur...tiap kali aku post,ada saja bab makan kan??badan keding tapi kuat makan, nak buat camne kan,huhuu

Dalam kepala otak aku ni asik nak kritik orang je, asal nampak orang je mesti nak kritik,asal nampak kritik je mesti nak orang,hahaha ni bukan nak mengumpat ke ape, yang mana baik kita amek, yang mana tak baik tu kita tinggal-tinggalkan yer....

Ni nak citer pasal persepsi orang la, tadi masa makan, aku ada la dengar orang bercerita, siket2 je la...stalker kan..haha

Bukan main rancak bercerita," 'Auuzubillahiminasyaitonirrajim...sesungguhnya aku berlindung pada mu Allah daripada syaitan yang direjam...berlilit seraban tapi hati busuk watpe kan...baik jadi orang biasa yang baik hati cam aku kan dan blablablaaa...." then ada makcik tu cakap "dah macam khutbah jumaat...tapi solat jumaat pun tak pegi"....blablablaaa.....

Aku bukan nak kata apa laa. Semua tu persepsi je, jangan kita nak nilai orang dan menghukum orang terus macam tu...kita ni kan hamba Allah...tak ada hak kita pun nak menghukum orang yang ada disekeliling kita dengan fitnah...

Aku bukan la terer sangat bab2 agama ni...tapi hukum Allah tak boleh dipersendakan, macam solat 5 waktu, kita kena buat, solat jumaat, wajib bagi lelaki...tapi kalau sembang pompaammmm bab2 agama bukan men kencang...sedangkan solat pun tak mahu jaga....macam mana??Kadang-kadang aku pun terlepas gak, tapi tak sengaja la...manusia kan, ada kelemahan....huhu

Kita manusia ni tak payah la asik nak kondem orang je, ngumpat sana sini, cerita benda tak berfaedah...tak ada gunanya...baik la kita sembang yang berilmiah,huhuu kita tak boleh melihat orang dari sudut luaran sahaja, even dia pakai serban ke, rambut pacak ke,rambut rock ke, tak perlu la pertikaikan...kita nilai diri kita sendiri, yang mana baik tu kita amek laa..huuu Yang penting, Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.....

*lantak la korang nak kata aku poyo ke apa..hahaha

Dulu dan Sekarang

~abang rempit~

Putaran sport rim RXZ aku membuatkan aku teringat pada masa-masa silam. Kalau dulu masa budak-budak, yang aku tau main; lastik burung, kubang sungai, gasing, baling selipar, senapang getah dan lain-lain lagi laaa....

kalau dulu la, bab main kat luar ni, sampai tak sedar dah petang, siap kena panggil dengan mak suruh balik...ish3 punya la seronok. Belom berkubang lagi, kalau berkubang, standby je la kena bantai...setakat rotan tu dah lali kot...degil sangat kan...huhu

Kita tengok budak-budak sekarang kan, apa yang diorang main ek??? adik aku yang kecik tu, tau main basikal, tengok tv, kalau tak pun, pegi ikot bapak aku ngeteh..tu je la...aktiviti budak kampung kan...belum tengok aktiviti budak bandar, ntah-ntah terperok kat umah main game, PS1, PS2, PS3, PSP dan macam-macam lagi la...sampaikan aku pun xreti nak sebut bab2 game ni...

tu baru bab game, belum handphone lagi...tengok budak sekarang, darjah 2 dah ada handphone, zaman aku?? lepas SPM baru dapat pegang handphone, tu pun dah cukup kagum, sampaikan aku terfikir, macam mana la ular ni boleh gerak-gerak ek??(game snake kat hp nokia butterfly). Punya la buta teknologi masa tu...huhu

Budak-budak kecik ni, paling banyak dia belajar adalah dari pengalaman mereka sendiri. Macam mana kita nak didik anak cucu kita nanti ek???cabaran buat kita ni...lagi-lagi orang yang lahir 70-an hingga ke awal 90-an, banyak benda nak kena pikir ni..teknologi makin lama makin pantas bergerak, lifestyle pun turut berubah gak....Haaa...Macam mana???....


*Ya Allah...Berilah aku kekuatan dalam menghadapi hari-hari mendatang...Amin...