Mar 17, 2011

Oh Parit Raja

Aku dah duduk kat Parit Raja ni hampir 7 tahun. Bila time makan je, mesti susah nak wat pilihan, kadang-kadang tu aku naik hangin dengan budak-budak rumah ni..asal nak makan je,ayat biasa yang keluar;

"Ikut ko la Dak"
"Entah la, aku tumpang je"
"Ikot yang bawak je la"


"nasi ayam pun cara gak"


Aku pun pernah guna gak ayat tu gak,haha
Tu kalau nak makan kat luar laa. Aku ingat kalau masak kat rumah cam xkan jadi masalah pilih tempat ni. Tapi silap, bila tanye nak masak apa, ayat yang sama gak keluar...WAH!!! kenapa la susah sangat nak wat keputusan..ish3

dan Apa yang aku buat, masak ikot suka aku je, sedap tak sedap, lantak korang la yer...nak ikot tekak aku ni, sume nak yang sedap-sedap, masak nak yang ada kelllaaassss....sekali sekala tu boleh la layan sardin ke, telor goreng je...ok gak...huhu

Tak pe la, macam-macam kerenah orang kan, selalu gak aku pesan kat diri aku dengan budak-budak rumah ni, berani la buat keputusan, even benda kecik camni pun akan bagi impact yang besar dalam kehidupan kita. Belajarlah sesuatu yang baru dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.

Seperti pepatah melayu; "Melentur Buluh Biar dari Rebungnya". Bila dengar pepatah ni, selalu sangat orang kaitkan dengan anak-anak kecil, tapi....

Kenapa tidak dikaitkan dengan permasalahan-permasalahan yang kecil????
Bagamana kita nak hadapi permasalahan yang besar sekiranya kita tak cuba bentuk diri dengan pembelajaran dari sekecil-kecil perkara????

......................................................................................................................................................
Banyak benda yang kita boleh belajar dari sekecil-kecil perkara. Contohnya:

~sekecil-kecil perkara~

situasi 1:::

"Kenapa la FB ni lembap sangat haa??aku nak komen pun susah, pe tah lagi chat...awek aku tengah tunggu tu..."

situasi 2:::

"Allah, FB lemau la, baik aku wat benda lain, maybe server down kot..."

.....................................................................................................................................................
~sebesar-besar perkara~

situasi 1:::

"Peduli apa aku, ko yang rugi 2juta, bukan aku, pegi mampos la, ni bukan company bapak aku!!!"

situasi 2:::

"Allah...saya minta maaf bos, kita dah wat silap ni, salah melabur kat company yang memang nak jatuhkan kita..kita kena cari jalan penyelesaian..yang lepas biarkan terlepas, yang akan datang ni kita grab sama-sama..."

...................................................................................................................................................

"Buka Mata, Buka Minda, Buka Hati"


4 comments: