Apr 22, 2011

Keyword Of Successful

"kanan or kiri"

Petang Jumaat ni aku nak share something ngan korang sume...yang mana kegagalan itu memberikan impak yang besar dalam penambahbaikan life kita.

Korang sume penah baca buku "Berani Gagal" tak???yang mana pernah tu bagus la...inti pati buku tu sangat bagus. Dalam buku tu ada cerita pasal penulis, terlalu banyak kegagalan yang beliau dah rasa. Dan sebab kegagalan itu lah yang buat beliau berjaya sekarang.

Aku share ni bukan la nak kata suruh kita gagal, tapi kita kena berani amek risiko tuk gagal. Dalam konsep perniagaan, selagi kita tidak merasai kejatuhan selagi itu lah kita masih belum kompem kejayaan tu milik kita...kalau graf kita sentiasa menaik, berhati2 lah, kerana kemungkinan kita akan mengalami kegagalan yang sangat teruk..Kejayaan itu adalah berpunca dari apa yang kita pelajari semasa mengalami kegagalan. Hidup ni kan ibarat roda, jap duk atas jap duk bawah, sama la konsep kegagalan dan kejayaan ni....

Berdasarkan pengalaman aku sendiri la, banyak benda yang aku pelajari dari kegagalan aku sendiri dalam mengatasi macam2 masalah. Aku jatuh tersungkur, memang seksa la nak naik balik. Tapi itu lah yang bagi aku kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang. Last2 baru aku sedar, aku perlu berubah dari tampok lama ke arah yang lagi baik.

Sekiranya kita merasai kegagalan itu adalah satu BEBAN, ia akan mampu menjatuhkan kita buat selama-lamanya...Anggaplah satu kegagalan itu adalah sebagai UJIAN kerana dengan ujian itu lah kita akan mengetahui di mana kelemahan kita dan kita mampu perbaikinya...

perkataan BEBAN dan UJIAN memberi makna yang sangat berbeza.

BEBAN-. 1.barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: 3. tanggungan drpd kenaikan cukai:(DBP)

UJIAN-1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji;(DBP)

Penggunaan perkataan Beban memberikan banyak kesan negatif di mana kita hanya merasai beban itu sentiasa menyekat kita dalam proses kehidupan seharian. Sebab, perkataan BEBAN ni seolah-olah kita menahan batu besar yang berada di atas kepala kita. Berlainan pula bila kita sentiasa menggunakan perkataan Ujian, kita akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang dari permasalahan itu menguasai diri kita dan bermatlamatkan kejayaan. Sebab, UJIAN adalah satu proses yang kita lalui untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan kita. so yang mana lagi baik???

GAGAL-"Go And Go A Long" not "Get And poiGnant And then Lose"....

No comments:

Post a Comment