Apr 22, 2011

kembali menambat panahan dakwat ke alam cyber

Dah nak ujung april ni baru aku ada masa nak taip benda alah ni...busy la katakan...*mata keatas,tangan kebahu*...

Tadi time bosan-bosan, aku lepak la kat rumah mamu, nak tengok citer antu, tapi tak berminat, last-last tengok la tv9..."Semanis Kurma"...layan gak...tajuk yang dibincangkan ialah "kawan makan kawan"....best gak topik tu...kat sini aku just nak share la apa yang aku dengar...bukan nak kata aku ni hebat,tak...just sharing is caring kan??hahaha

kawan is sahabat, dalam makna kata lain, kawan adalah orang yang ada bersama-sama kita dan saling mengenali antara satu sama lain,sama ada dalaman ataupun luaran. Ada pepatah mengatakan, kawan biar beribu, berkasih biar satu...betol la tu...tapi macam mana pulak dengan kawan makan kawan???gunting dalam lipatan???tikam belakang???

punca yang paling utama adalah HATI....hati ini memang berat sangat nak kawal kan, maklumlah, jihad yang paling tinggi kan kawal hawa nafsu...kalau hati bersih, bersih la perbuatannya,kalau hati kotor, kotor lah perbuatannya...Sucikan Hati....

kawan makan kawan ni boleh terjadi dalam pelbagai keadaan, contohnya bila melibatkan soal wang ringgit...kita ni mudah sangat gelap mata dengan wang ringgit, sape2 pun...berbalik pada lumrah sifat manusia yang sentiasa tidak puas dengan apa yang ada...melainkan manusia itu sedar dengan nikmat Tuhan dan menSYUKURi apa yang di anugerahkan...berhati-hati lah ketika berkawan...

"Berkawanlah dengan orang yang baik ibarat kita berkawan dengan penjual minyak wangi kerana kita mampu untuk bau wangi nya, dan janganlah kita berkawan dengan orang yang jahat ibarat kita berkawan dengan tukang besi dimana kita merasai bau busuknya dan kejahatannya"


1 comment:

  1. sahabat itu ibarat cermin pada diri kita..tp jgn salah pilih kawan lah...

    ReplyDelete